Selasa, 23 Jun 2015

5 JENIS MAKANAN UNTUK KEKALKAN TENAGA DI BULAN PUASA

Assalamualaikum..


Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak..Rasanya masih belum terlambat untuk saya nk wishkan..

 Make it simple,ida nk share beberapa jenis makanan yang boleh mengekalkan tenaga ketika kita menjalani ibadah puasa.



1.Oat 
Seperti yang kita ketahui,oat memang terkenal dengan serat yang tinggi.Dengan kandunga serat inilah yang membantu perut kita dari terus menerus bernyanyi hihiih..Selain itu ia bagus untuk jantung dan mengurangkan kolestrol.Oat memberi kita tenaga yang berpanjangan.

2.Tembikai
Ermmm..sedapkan buah tembikai,dengan warna merah dan juicy nye..perghh memang sedap.Lagi2 minum semasa nak berbuka puasa.Ia sangat menyegarkan dan menghilangkan kehausan.Vitamin C yang tinggi akan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.

3.Madu
Yang ini favourite ida,manis dan sedap.Madu makanan sunnah,jadi semestinya ada reason kenapa Rasullulah sangat suka kepada madu.Madu membekalkan karbohidrat.kalsium,vitamin B dan C.Jadi kita kekal bertenaga sepanjang hari.

4.Kurma
Memang tidak dapat dinafikan kebaikan memakan kurma.Malah semakin ramai yang dah membuka mata tentang khasiat buah kurma.Ejen pembekal tenaga serta kaya dengan serat dan vitamin serta mineral.Walaupun kecil,tapi padat dengan kebaikan.

5.Roti Serat
Nama pun dah bunyi serat,dah tentu dalam kepala dah pop up roti yang kaya dengan gandum serta pemberi tenaga spjg hari.Lebih sedap jika kita makan bersama nutella,mentega kacang ataupun pisang.Perut kita kekal kenyang lebih lama.


Sekarang dah tahu kan antara makanan yang TOP untuk membekalkan tenaga sepanjang hari semasa kita berpuasa.Jom kita amalkan dan selamat menjalani ibadah puasa.

Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan