Selasa, 14 Oktober 2014

LOTUS BIRTH di Malaysia

Assalamualaikum..selamat tengahari


Tengah hari ni,bila otak dah jammed,mulalah idea yang sebelum2 ni nak ditulis kat entry mencurah-curah keluar.


But this topic about Lotus Birth really make me interested to share with people out there.Saya bukan lah pengamal Lotus Birth ni dan baru je 3 bulan bersalin anak ke 3.Selama ni saya tak tahu apa itu kelahiran lotus birth sampai lah seorang kawan saya post kat FB tentang kelahiran ini.PELIK!Itu perkataan pertama yang saya fikir.BOLEH KER?!itu perkataan kedua yang terapung dalam otak ni.





Apa itu LOTUS BIRTH?

Lotus birth tidak seperti kelahiran biasa,di mana setelah bayi dikeluarkan dan tali pusat akan dipotong setelah berhenti berdenyut.
Dalam lotus birth,tali pusat tidak dipotong.Ianya akan di biarkan bersambung diantara tali pusat dengan plasenta.Ironinya dalam Lotus Birth ini ialah plasenta telah memberi manfaat kepada bayi selama 9 bulan ketika  bayi dalam kandungan, maka ia boleh terus memberi faedah kepada bayi selepas kelahiran. Pengamal Lotus Birth percaya bahawa dengan kaedah ini, bayi tidak memerlukan imunisasi tambahan, kerana plasenta memberi cukup bekalan antibodi dan imunisasi yang diperlukan oleh bayi.



Kaedah Lotus Birth:
  • Plasenta atau uri dibiarkan melekat bersama tali pusat dan bayi.
  • Plasenta atau uri dimasukkan ke dalam mangkuk yang bersih.
  • Tunggu sehingga tali pusat bayi berhenti berdenyut.
  • Plasenta dibasuh dengan berhati-hati.
  • Keringkan plasenta dan pastikan ada pengaliran udara agar ia cepat kering.
  • Boleh gunakan bunga-bungaan atau herba bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dari plasenta.
  • Pastikan talipusat bayi dan plasenta sentiasa dalam keadaan kering.
  • Bayi diuruskan seperti biasa dengan talipusat masih melekat pada badannya.
  • Biasanya selepas seminggu talipusat akan tertanggal dan plasenta boleh diuruskan seperti biasa; tanam dan sebagainya.


Antara beberapa sebab mengapa ibu-ibu memilih untuk melahirkan secara Lotus Birth?

1.Tidak ada keinginan ibu untuk memisahkan plasenta dari bayi dengan cara memotong tali pusat
2.Supaya proses peralihan bayi berlaku secara lembut dan damai, yang membolehkan penolong persalinan untuk memotong tali pusat pada masa yang tepat.
3.Merupakan suatu penghormatan terhadap bayi dan plasenta.
4.100% memastikan bahawa bayi mendapat kandungan darah optimum dan khusus yang diperlukan bagi bayi.
5.Mendorong ibu untuk menenangkan diri pada minggu pertama selepas bersalin sebagai masa pemulihan sehingga bayi mendapat perhatian penuh.
6. Mengurangkan kematian bayi kerana pengunjung yang ingin bertemu bayi. Sebahagian besar pengunjung akan lebih memilih untuk menunggu hingga plasenta telah lepas.
7.Alasan rohani atau emosional.
8.Tradisi budaya yang harus dilakukan.
9.Tidak bimbang tentang bagaimana mengklem, memotong atau mengikat tali pusat.
10.Kemungkinan menurunkan risiko jangkitan (Lotus birth memastikan sistem tertutup antara plasenta, tali pusat, dan bayi sehingga tidak ada luka terbuka)
11.Kemungkinan menurunkan waktu penyembuhan luka pada perut (adanya luka memerlukan masa untuk penyembuhan.sedangkan jika tidak ada luka, masa penyembuhan akan sekurang-kurangnya)

Anda boleh rujuk makna Lotus Birth ini di wikipedia .

Saya tertarik dengan satu blog dimana pemilik blog ini membuat kajian tentang lotus birth ini.Anda boleh cari di SINI.Sangat banyak kajian yang blogger ni buat.Terima kasih..


Saya harap pembaca diluar sana jangan cepat melatah jika nampak mereka yang mengamalkan Lotus Birth ini.Ini semua hikmah ALLAH s.w.t tentang kelahiran manusia yang memang menakjubkan.Kaji dan tanya pendapat pada mereka yang benar2 arif dan pakar sebelum kita membuat penilaian.Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan