Rabu, 3 Jun 2015

Sejarah Herba Maharani (Beijing Te Zhi Bai Feng Wan)

Assalamualaikum..


Sebelum ni Ida takde nak cerita tentang sejarah pil maharani ni.Yelah mungkin awak-awak semua ada terdengar atau terbaca tetapi dah lupa.Jadi hari ini ida nak refresh balik sejarah pil maharani ini.Mungkin anda dah tahu dan mungkin baru pertama kali mendengar tentang pil maharani ini.Buat mereka yang baru tahu,produk ini adalah kombinasi lebih 20 jenis herba tradisional berharga dan melalui proses teknologi terkini.Kerana itu ia bersifat halus,wangi,lembut dan tulen .




Sejarah Herba Maharani

Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah herba tradisional yang istimewa dengan formula eksklusif untuk kegunaan maharani pada zaman silam.Maharani China yang menggunakan herba ini ialah Maharani Ci Xi,seorang permaisuri yang cantik dan sangat mementingkan kesihatan dan kecantikan.

Latar Belakang Tong Ren Tang - Pengeluar Herba Maharani

Tong Ren Tang ditubuhkan di Beijing pada tahun 1669 oleh Yue Xianyang,tabib kanan istana semasa pemerintahan Dinasti Qing.Tong Ren Tang menjadi pengedar tunggal ubat-ubatan kepada istana sehinggalah dinasti terakhir itu berkubur pada tahun 1911.Sehingga kini, Tong Ren Tang adalah pengeluar dan pengeksport terbesar ubat tradisional Cina (TCM).Tong Ren Tang yang mempunyai 10 institut penyelidikan mematuhi syarat dan piawai Good Manufacturing Practice (GMP) dan lulus sijil antarabangsa GMP Australia.


Perakuan dan pengiktirafan

Tong Ren Tang adalah sebuah syarikat yang berpengalaman dengan rekod sejarah penghasilan ubat-ubatan tradisional Cina (TCM) selama lebih 300 tahun.Antara perakuan dan pengiktirafan yang dianugerahkan kepada Tong Ren Tang adalah:
  • Anugerah Farmasi Teladan Bertamadun China
  • Perniagaan TErbaik
  • Piawaian Pengurusan Berkualiti
  • Sijil perniagaan perubatan tradisional GSP (Generalised System of Preference

Herba Maharani keluaran Tong Ren Tang telah mendapat pengesahan Halal daripada The Islamic Association of China dan The Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) International serta turut disahkan oleh JAKIM.


Keberkesanan



  • Menambahkan tenaga dan darah,meyelaraskan kitaran haid dan mengawal keputihan.
  • Melegakan ketidakselesaan kitaran haid dan putus haid.
  • Menyelaras rembesan endokrin dan sistem pembiakan wanita.
  • Menguatkan tenaga dan stamina. 

Siapa yang tidak boleh ambil Pil Maharani

  • Wanita mengandung dilarang sama sekali untuk makan kerana ia bersifat panas.
  • Dilarang mengambil makanan sejuk dan mentah dalam tempoh pengambilan ubat
  • Tidak sesuai diambil ketika selsema.
  • Mereka yang mengalami haid berlebihan dinasihatkan untuk berjumpa doktor.

Siapa yang boleh ambil? 

Wanita yang mempunyai masalah berikut : 
  • kitaran haid tidak teratur
  • keputihan
  • sengugut
  • kelesuan pinggang dan lutut (sakit belakang)
  • kekurangan tenaga dan darah
  • pendarahan dalam rahim
  • merancang untuk hamil
  • nafsu seksual kurang
  • sering pitam 
  • untuk menambah susu badan 
  • untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan
  • melewatkan proses penuaan
  • wanita dalam berpantang
Lelaki juga sesuai untuk mengambil pil maharani.Saya akan terangkan kesan yang bakal lelaki perolehi.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan