Selasa ni Ida nak cerita sikit tentang soalan yang sering ditanya oleh client dan mereka yang baru hendak berjinak-jinak memakai korset lagenda No.1 di Malaysia ini,PREMIUM BEAUTIFUL atau singkatannya PB.
Soalan 1 :
Leceh ke nak pakai PB ni?
Tidak.Bagi wanita yang pernah berpantang,saya rasa lagi leceh pakai bengkung.Sebab dengan tali yang panjang berjela (kalo yang pakai bengkung tradisional) atau pun pakai bengkung zig zag tu.
Pemakaian PB sangat mudah dan banyak benefit yang anda dapat.
Soalan 2 :
Peredaran darah terganggu tak jika pakai Premium Beautiful ?
Sama sekali tidak.Malah ia menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisma badan.Jika pemakaian yang berterusan,anda akan dapat bentuk badan yang menarik.
Soalan 3 :
Kenapa selepas saya pakai Premium Beautiful,kulit saya mengalami kegatalan sehingga menyebabkan kesan hitam / kulit kemerahan?
Jika anda mengalami masalah seperti di atas,itu adalah sebahagian daripada proses detoksifikasi yang sedang berlaku pada badan anda.Toksin berasid dikeluarkan dari badan anda melalui sistem perpeluhan dan ianya bersifat sementara.
Tips untuk mengatasi masalah ini,terus mandi selepas membuka Premium Beautiful,cuci Premium Beautiful dengan lebih kerap serta minum air yang cukup setiap hari.Sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Soalan 4 :
Bolehkah saya menggunakan long girdle SAHAJA (satu bahagian)?
Boleh TAPI untuk penggunaan jangka panjang,pengalihan lemak menjadi tidak sekata serta kontur badan tidak menarik dan tidak seperti yang diidamkan.
Soalan 5 :
Saya ingin berpantang dengan Premium Beautiful,tetapi saya bersalin melalui pembedahan.Boleh atau tidak?
Boleh dan sangat digalakkan kerana jika anda berpantang menggunakan Premium Beautiful,ia dapat membantu anda untuk memulihkan bentuk badan yang lebih cantik serta mantap.Malah dapat mengembalikan organ dalaman dan rahim ke tempat asal.Penggunaan yang betul dapat menghilangkan 'strechmark' dan perut menggelember.Tempat luka pembedahan akan di sokong sepenuhnya oleh Premium Beautiful ketika anda ingin bersin serta batuk.
Soalan 6 :
Bilakah masa yang sesuai untuk pemakaian Premium Beautiful ketika berpantang?
Bagi yang bersalin secara normal,digalakkan selepas 7-10 hari berpantang.Bagi mereka yang melalui kaedah pembedahan,ia hanya boleh dipakai selepas 10-14 hari berpantang.Bagaimanapun,dinasihati agar memakai secara berperingkat mengikut tahap kesihatan dan keselesaan pemakai.Masa yang terbaik untuk menguruskan badan ialah dalam tempoh 6 bulan pertama selepasa bersalin.
Soalan 7 :
Jika korset saya tetas atau ada cangkuk yang tercabut,bolehkah di perbaiki?
Jika terdapat kerosakan pada Premium Beautiful,pemakai boleh lah menghantar untuk diperbaiki di mana-mana stokis secara percuma ataupun dealer Premium Beautiful yang anda kenal seluruh Malaysia.!
Soalan 8 :
Adakah pemakaian Premium Beautiful ini akan menyebabkan panas dan rasa tidak selesa pada badan?
Premium Beautiful dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semulajadi seperti fiber,nylon dan tetron yang mempunyai kuasa serapan baik dan alih udara.AKWATEK & AKWADYNE adalah fabrik dari German yang berteknologi tinggi.Kesannya dapat dirasa mengikut cuaca disekeliling kita.Jika kita berasa sejuk,kainnya akan mengecut dan memberi haba untuk kita kekal selesa.Jika kita berada di cuaca panas,kainnya akan mengembang dan kita rasa selesa.
Soalan 9 :
Berapa lama hasil yang akan diperolehi dengan pemakain Premium Beautiful ini?
Pemakaian Premium Beautiful ini dapat dilihat serta merta ketika kita menyarungkan pada badan kita.Lemak-lemak semua dialihkan pada kedudukan yang betul.Penggunaan secara konsisten selama 8 jam sehari,anda akan dapat lihat dalam lingkungan 1-6 bulan pertama berdasar jenis bentuk badan anda.
Soalan 10 :
Saya kurus,bolehkah saya menggunakan Premium Beautiful ini?
BOLEH.Bagi mereka yang mempunyai Miss B yang 'flat' serta tidak ada bentuk badan,digalakkan mengguna Premium Beautiful kerana ianya akan mengalihkan lelemak ke tempat sebetulnya serta dapat memelihara tulang belakang anda dari bengkok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan