6 AMALAN SUNNAH KETIKA MENYAMBUT BAYI BARU LAHIR
aSsalamualaikum...
Seronok kan bila dah dapat baby ini.Sebagai umat islam janganlah kita abaikan perkara-perkara sunnah ni.
Okey tak nak sembang panjang..i'll share the knowledge to UMMI outhere..
1. AZAN DAN IQAMAT
Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa
atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga
kanan dan iqamat di telinga kiri anak.
Ini berdasarkan sepotong
hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat
demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali.
2. TAHNIK ANAK
Tahnik digalakkan selepas anak itu
dilahirkan. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar
yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan
ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut
anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah
digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.
Hikmahnya
ialah untuk menguatkan urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum
susu ibu.
Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh supaya
berlaku aliran barakah. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa
yang berbeza juga tidak menjadi halangan.
3. MENCUKUR RAMBUT BAYI
Sunat
dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya.
Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya
berbanding perak kepada faqir miskin. Ada dua hikmah galakan mencukur
rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara
membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera
berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling
bantu-membantu kepada yang memerlukan.
Satu perkara yang perlu
diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’.
Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan
membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk.
4. MEMBERIKAN NAMA ANAK
Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh.
Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:
Berikanlah
nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah
Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam
(همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.
Diharamkan
memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy.
Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya.
Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi
nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq.
5. AQIQAH
Majoriti
ulamak termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak
menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan
seekor kambing.
Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh.
Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini
tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia
dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.
6. KHITAN / SUNAT
Di
dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi
anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan.
Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada
hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh
dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah
yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap
kesucian anak.
Simple je kan untuk difahami..Jom kita sama-sama hidupkan sunnah ini.Setiap apa yang digariskan dalam islam,semua ini ada hikmah tersembunyi yang kita tidak ketahui.Sesungguhnya ilmu SANG PENCIPTA tidak sesekali akan di capai dek akal kita..ALLAHUAKHBAR!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan